| Patuh Melayu kepada ayah, Zuriatnya turun kepada anak; Senonoh laku membawa tuah, Sifat penyantun maruahnya tegak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Patuh Melayu kepada yang hak, Bila batil diketepikan; Senonoh laku kukuhlah tegak, Besar kecil jadi teladan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Patuh Melayu kepada amanah, Amanah dijaga hidup dan mati; Senonoh laku terpelihara sumpah, Sumpah bertakhta di dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Patuh Melayu kepada sunah, Sunah nabi pembawa rahmat; Senonoh laku sempurna lidah, Hidup mati pahalanya dapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Patuh Melayu kepada syarak, Syarak berisi Quran dan sunah; Senonoh laku takahnya nampak, Duduk berdiri dirahmati Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Patuh Melayu kepada bapak, Bapa alim anak bertuah; Senonoh laku sempurna tegak, Bagaikan kayu banyak berbuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Patuh Melayu kepada emak, Dari kecil ia besarkan; Senonoh laku mulia akhlak, Hari yang batil ia hindarkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Patuh Melayu kepada ibu, Syurga ada di bawah kakinya; Senonoh laku tanda berilmu, Bahagia hidup hingga ke matinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Patuh Melayu kepada raja, Raja adil raja disembah; Senonoh laku sempurna kerja, Kerja kecil membawa berakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |