Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata patut;

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Memberi barang kepada kera.

Bermaksud :

Mempercayai orang yang tiada patut dipercayai.

 

Lihat selanjutnya...(8)

302

Don't let the fox guard the hen-house

Jangan berikan tanggungjawab atau kepercayaan kepada orang yang tidak patut dipercayai.

Jangan menyuruh kapak menyelam beliung

The people were really angry when it was discovered that a known swindler had been elected as the treasurer of the village. It was unbecoming to let the fox guard the hen-house. We feared that he might exploit his position for his own interests.

Orang ramai naik marah apabila mendapat tahu bahawa seorang lelaki yang diketahui kaki putar belit dipilih menjadi bendahari kampong itu. Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Kami khuatir dia mungkin menggunakan kedudukannya demi kepentingan peribadi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Patut dicari batang putat, Tak terbilang banyak buahnya; Patut dipuji pemegang adat, Tak terbilang banyak petuanya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Adat resam kata orang, Ada patut dengan layaknya; Adat faham lembaga terang, Setara mulut dengan akhlaknya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pasang lukah dalam jerami, Belum patut di pangkalan; Alangkah hiba hati kami, Belum patutu abang berjalan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bila termakan buah jelatang, Lemaknya ada patut dicuci; Bila kutahan susah seorang, Henda:k menyapa mulut terkunci.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Uncang bukan sebarang uncang, Uncang elok patut dibeli; Bujang bukan sebarang bujang, Bujang lapuk takut berbini.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau selalu berseluar sampak, Ditengok orang tidaklah patut; Kalau selalu gemar bertandak, Duduk sumbang tegak pun kalut.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Taat bini setia ke laki, Bermuka manis patut perangai; Adat berdiri sempurna budi, Sengketa habis kusut selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besarlah biji si buah bacang, Bila ditanam patut dijaga; Biarpun mati difitnah orang, Cinta kupendam berlanjut juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jelatik burung jeladan, Burung terkukur terbang tinggi; Sama patut samanya padan, Mari diukur samanya tinggi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pasang surut berhenti dulu, Sudah pasang baru berangkat; Orang patut menghormati guru, Petuah dipegang ilmu diingat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1234

Kembali ke atas