Paya Sengeram batu berjari, Buah jering dalam petak; Hairan sungguh hati kami, Lautan kering timbul katak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Paya Balais di tanah lumpur, Tempat orang bertanam padi; Rasa di hati luluh hancur, Belum berjumpa belum berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbuh betung di tepi paya, Tepi bersemak paya pun luas; Sungguh untung berlaki kaya, Bini banyak selera pun lepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Saya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Jika puan pergi ke paya, Jangan ke paya dengan Cik Siti; Jika tuan kurang percaya, Saya rasa berkecil hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa diharap padi di paya, Padi di paya buahnya kasar; Apa diharap pada saya, Saya sudah burung di sangkar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asam paya asam gelugur, Ketiga dengan buah kundur; Apa daya sudah terlanjur, Nasi sudah menjadi bubur. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Air paya rasanya masam, Walaupun masam dapat diminum; Hatiku luka menahan dendam, Dendam berani berbalas belum. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asam paya buahnya manis, Bawa dari Sungai Tongkang; Pagi raya duduk menangis, Mengenang diri di rantau orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Asam paya buahnya kisip, Mari dijual di Batu Pahat; Badan saya tidak bernasib, Diberi baik hendaknya jahat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |