Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.yah] | ڤايه

Definisi : 1. tidak mudah, tidak senang, sukar, susah: bukannya ~ benar membuat kerja itu; ~ basa Kl susah hendak memperkatakan (me­rundingkan, membincangkan) sesuatu; 2. berat atau teruk (penyakit): bapaku mendapat sakit ~ di Sungai Baharu; 3. (berasa) letih, lelah, lesu, penat: rupanya ia kepanasan dan ~ setelah mendayung basikalnya dgn cepat selama setengah jam; tak ~ tidak perlu, tidak usah: baginda jua mempunyai kuasa utk bertindak sendiri dgn tidak ~ mendengar nasihat sesiapa; berjerih ~ = bersusah ~ = berpayah-payah; berpayah-payah mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn berlelah-lelah atau memerah keringat, berpenat lelah: janganlah saudara ~ kerana saya; memayahkan menyebabkan payah, men­jadikan payah, menyusahkan, melelahkan: sekali itu dia berasa payah kembali dr rapat, padahal apalah yg akan ~ dlm rapat itu; memayah-mayahkan; ~ diri bekerja keras­-keras (dgn bersusah-payah), bekerja berat, berpayah-payah; memperpayah menjadikan lebih payah: bukan sudah bonda katakan kerja baik pada-pada, jangan badan diperpayah; kepayahan 1. perihal payah, kesukaran, ke­susahan: Wahab mendengar cerita-cerita tentang ~ penduduk pekan Tembeling akibat sekatan yg diadakan oleh kerajaan; 2. men­derita payah (kesulitan, kekurangan): sedangkan hendak mendapat sesuap nasi ~, inikan pula hendak menziarahi tempat-tempat yg bersejarah; 3. kelelahan, keletihan: beberapa lamanya ia berdiam diri saja, terengah-engah spt orang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.yah] | ڤايه

Definisi : 1 tidak mudah dilakukan dll; susah: ~ hendak menyelesaikan masalah ini. 2 teruk atau berat (bkn penyakit): sakit ~. 3 berasa penat atau letih: Kalau sudah ~, bolehlah berhenti sebentar. berpayah-payah mengerjakan sesuatu dgn bersusah-susah; berpenat lelah: Tak usahlah mak cik ~ kerana saya. memayahkan menjadikan payah; menyusahkan. kepayahan hal atau keadaan payah; kesukaran; kesusahan: ~ penduduk kampung tsb berhubung dgn kawasan bandar telah mendapat perhatian drpd pihak kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
payah (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, sulit, berat, teruk, leceh, rumit, perih, kompleks, ruwet, masyakat, kelekik, rumpil;,
Kata Terbitan : berpayah-payah, memayahkan, memperpayah, kepayahan,

Puisi
 

Apa abang jahit baju,
     Jahit kain banyak lagi;
Tak payah abang kata begitu,
     Kata lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Tak payah basuh kaki tangan.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik basuh kaki saja).

 

Lihat selanjutnya...(49)


Pantun

PantunSumberTema
Payah sungguh bermain silat, Kerana guru terlalu keras; Sudah berpuluh kukirim surat, Tiada satu yang adik balas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Susah payah memetik kacang, Kacang ada di sawah bendang; Usah mengharap kasihnya orang, Ada musim baru bertandang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Apa payah mudik ke Jerai, Kayu mentolak nipis kulit; Apa susah kita bercerai, Ada umur kita berbalik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adik melangkah payah, Dari detik ke sedetik; Taat kepada ibu dan ayah, Adik cerdik rupa pun cantik.Pantun Melayu SarawakUmum
Payah sungguh membawa perahu, Hujan deras ombak menggila; Payah sungguh hamba merayu, Puan berkeras menolak hamba.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Payah sungguh orang menekat, Dibolak-balik tiada berhenti; Payah sungguh abang memikat, Jinak adik jinak merpati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau payah mencari pukat, Carilah jaring di kuala; Kalau payah mencari muafakat, Carilah runding balik semula.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Naik turun orang mendaki, Payah kaki penat anggota; Adik sepantun delima sakti, Merah pipimu membuat gila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila liat kayu dikapak, Susah payah orang bekerja; Apabila taat ibu dan bapak, Rumah tangga senang sentosa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa ingat menghidupkan api, Tidakkan payah memasak bekal; Siapa ingat hidup kan mati, Sejak mudanya banyak beramal.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1234

Kembali ke atas