Apabila musang beranak pinak, Alamat ayam menjadi punah; Apabila orang banyak melagak, Lambat-laun kepala kan pecah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila di hulu tidak menuat, Ke hilir pula menoreh getah; Apabila selalu berlagak pandai, Akhirnya kepala yang kan pecah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah berkala pecah belah, Bila terhantuk pecah berterabur; Kalau bekerja suka berlengah, Nama kan buruk anak kebulur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |