Pedang sakti dari Yunan, Orang Inggeris suka berperang; Pandang ke kiri pandang ke kanan, Menangis teringat masa terbuang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bagaimana pedang takkan majal, Banyak dipakai menebang buluh; Bagaimana orang takkan sebal, Awak berpakaian kurang senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sayangnya pedang bergagang pendek, Hendak mencencang tiada berguna; Kupandang abang berhidung pesek, Hendak mencium sesaklah nyawa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sukalah hati memakai pedang, Kalau dicabut musuh pun lari; Sukalah hati misai melintang, Walaupun penakut disangka berani. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak beruk memakai pedang, Banyaklah kera bercawat ekor; Sejak datuk mulai miang, Banyaklah betina tak dapat tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Untuk apa membawa pedang, Supaya dapat jadi senjata; Untuk apa kita bertunang, Supaya cepat memadu cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang barat bermain pedang, Mana nak sama batang cangkul; Mana berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Dipetik nanas dengan pedang, Dimakan orang Kuala Teri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupalah hujan di tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Anak laksamana bermain pedang, Anak Belanda mencukur janggut; Membuang tuba di tengah padang, Anak mati di tengah laut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tali kail panjang sepuluh, Pedang sehasta di dalam peti; Di dalam air badan berpeluh, Perang sengketa dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |