| Orang kaya naik pedati, Ketawa jangan tidak berhenti; Saya berjaya masuk universiti, Awak tinggal cekalkan hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Sembilan belas kereta pedati, Hendak pergi negeri China; Kalau abang rasa nak mati, Adik hendak mati bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kereta kuda kereta pedati, Mari dinaik Raja Dang Ratu; Sungguh adik tidak mengerti, Apalah maksud kata begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Budak-budak bermain basikal, Jatuh kerana terlanggar pedati; Hendaklah tabah hendaklah cekal, Hingga sampai hajat di hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Telah lama orang menyimpai, Untuk penguat pasak pedati; Sudah lama abang mengintai, Untuk mendekat tidak berani. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Pohon senduduk pohon serai, Pohon senduduk buat pedati; Dengar kokok berderai-derai, Melihat ekor bergelumang tahi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Anak raja turun menembak, Bunyi berdentum patah pedati; Tenggelam timbul dilambung ombak, Kalau tak karam balik ke tepi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Dua puluh lapan kuda berlari, Kuda menarik kereta pedati; Adik-adik jangan lari, Kita biar bersama mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hari redup memetik buah, Dapat buah disimpan kemas; Puteri Li Po sungguh bertuah, Dapat pedati bersalut emas, | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |