Pegaga petai buah pauh, Ulam kegemaran anak dara; Cerita Pak Tua menunggu teduh, Ketika laut sedang bergelora. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Segetah ulam pegaga, Pucuk belimbing asahkan kuku; Petang-petang abang dah ada, Petik ke dinding bukalah pintu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika berulam daun pegaga, Konon khasiat berbagai-bagai; Jika tanah tidak dijaga, Helang datang membuat mahligai. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Parut nyiur ulam pegaga, Selasih puspa merata-rata; Terkejut kami dalam jaga, Aceh ranap sekelip mata. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Petang-petang ulam pegaga, Putik belimbing getu-getu; Petang-petang abang ada, Jentik dinding bukalah pintu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Lipat-lipat ulam pegaga, Pucuk ara simpul pulih; Lebih mimpat mana ke ada, Sementara tentu boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kutip udang ulam pegaga, Hendak letak tiada berbara; Anak orang orang juga, Hendak minta tiada belanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tuan di rumah masak pegaga, Biarlah saya mencari cendawan; Biarlah saya lapar dan dahaga, Asalkan dapat bersama tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau ubi hendak dijual, Jual sekali pegaga di sawah; Berdetak di hati terbit kesal, Manalah terduga akannya padah. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Semak halaman berpagar buluh, Tanam kundur ulam pegaga; Emak bapa asyik bergaduh, Anak tidur asyik terjaga. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |