Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ga.ngan] | ڤݢڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dipegang: kerana terburu-buru habis bertaburan ~nya; 2. baha­gian sesuatu benda tempat dipegang (tangkai, hulu, dll); 3. pekerjaan (daerah dll) yg di­pegang: dan Tun Talanai anak Bendahara Paduka, ~nya Suir; 4. sesuatu yg dijadikan dasar utk menentukan sesuatu, pedoman, pendirian: ada beberapa perkara yg harus diingat dan dijadikan ~; buku ~ buku pe­doman; hilang ~ hilang kepercayaan; 5. per­buatan memegang: dicubanya melepaskan diri drpd ~ orang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ga.ngan] | ڤݢڠن

Definisi : 1 tempat berpegang: Kalau tongkatnya hilang, tentulah orang buta itu meraba-raba mencari ~. 2 sesuatu yg dijadikan dasar (prinsip); pedoman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,


Pantun

PantunSumberTema
Rosak sukat rosak timbangan, Timbangan rosak berat tak betul; Rosak adat rosak pegangan, Pegangan rosak maksiat tercabut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dibilang kata isinya adat, Untuk pegangan anak dan cucu; Orang meninsta hatinya tumpat, Buruk berjalan tegak pun layu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat membawa fiil, Fiil mulia pegangan umat; Lupa adat manusia jahil, Jahil membawa ke jalan sesat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu berdada lapang, Sabar dan syukur jadi pegangan; Kuat Melayu tahukan hutang, Besar seukur dengan bayangan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berjurai elok sulaman asli, Sama tengah sulaman tekat; Dipakai untuk pegangan diri, Di sanalah tuah akan melekat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat menjadi pancang jermal; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat terpuji pegangan amal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ikat pinggang rambut berjurai, Berjurai elok sulaman asli; Adat dibilang lalu dipakai, Dipakai untuk pegangan diri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas