Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak berĀ­campur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bp muafakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 hampir beku (bkn benda cair); likat atau kental. 2 tidak jernih (bkn air); keras (bkn air kopi dll). memekatkan menjadikan pekat: Ibu ~ kuah itu dgn membubuh tepung sedikit. kepekatan keadaan pekat. pemekatan perbuatan atau proses memekatkan (cecair dsb). pemekat bahan utk memekatkan (cecair dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pekat (adjektif)
1. Bersinonim dengan likat: kental, hampir beku, hampir keras, melekit, melekat, menjelunut,
Berantonim dengan cair

2. Dalam konteks warna
bersinonim dengan gelap, tua, kelam,
Berantonim dengan terang

Kata Terbitan : memekatkan, kepekatan,


Pantun

PantunSumberTema
Belilah kain berenda pekat, Dapat masuk ke nikah kahwin; Hati ingin berkirim surat, Takut ditengok orang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau sudah menebuk gading, Tebuk menjadi ukiran pekat; Kalau sudah duduk berunding, Elok dicari mata muafakat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas