Bukan pelekat sembarang pelekat, Pelekat sudah beragi-ragi; Bukan lekat sembarang lekat, Lekat tak dapat dibuka lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain pelekat mukanya dua, Sudah sejudu beri bertali; Duduk berdekat kita berdua, Marah ibu jangan peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berguna pelekat dibuat sarung, Bila disarung tertutup aurat; Berguna adat dapat bernaung, Bila bernaung hidup selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain pelekat lain warnanya, Lain belakang lainlah ragi; Lain adat lain maknanya, Lain orang lainlah budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Telur pelekat tiga berangkai, Jatuh sebiji menimpa papan; Kalau tak dapat bunga setangkai, Harus kumbang mati beragan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau memakai kain pelekat, Dibawa berjalan dapat selesa; Kalau pandai memimpin umat, Negara aman rakyat sentosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau memakai kain pelekat, Pergi berjamu ditengok sopan; Kalau pandai memimpin umat, Negeri maju penduduk pun aman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau niat berkain pelekat, Eloklah pula memakai capal; Kalau niat memimpin rakyat, Duduk bicara memakai akal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau niat berkain pelekat, Eloklah memakai baju kuning; Kalau niat memimpin rakyat, Eloklah perangai malu berbohong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau niat berkain pelekat, Siapkan kopiah dengan bajunya; Kalau niat memimpin rakyat Bersikap ramah jangan aniaya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |