Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelikat

Puisi
 

Kain pelikat raginya dua,
     Disandang orang pergi mengail;
Awang bangsat hati penghiba,
     Di tanah Kelang nan kekal.


Lihat selanjutnya...(37)

Pantun

PantunSumberTema
Kain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kain pelikat raginya dua, Disandang orang pergi mengail; Awang bangsat hati penghiba, Di tanah Kelang nan kekal.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Orang Pelikat bermain dayung, Anak raja turun menjala; Tujuh tingkat intan di gunung, Cahaya melimpah atas udara.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kain pelikat mukanya dua, Mari kait benang berduri; Sudah bertekad kita berdua, Orang lain jangan peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat lipat empat, Mari letak atas peti; Mana saya tidak lompat, Minta kena pada hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat kepala dua, Jahit dengan benang masturi; Sudah berpakat kita berdua, Cakap orang jangan peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat dari Jawa, Mari dijahit benang sutera; Sudah berikat kita berdua, Sabarlah dulu menanti masa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat belah dua, Mari pakai Raja Zahari; Adik dekat janda ada, Yang mana hendak dicari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas