Peluh merecik di atas dahi, Bawa menyemai anak padi; Pak Tua melihat naik berahi; Gelap mata si tua keladi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Gelap gelita di Kampung Hulu, Menitik peluh dari dahi; Orang bercinta rindu selalu, Jika jauh jatuh berahi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Waktu menteri membeli kunyit, Orang berjaja bermandi peluh; Pilulah hati berlaki buncit, Kurang waspada bininya lumpuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dari pulau menjemur sagu, Petang pergi bersimbah peluh; Hati risau bercampur pilu, Abang pergi bertambah jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang memukat pagi dan petang, Mencari nafkah bersimbah peluh; Orang beradat berhati lapang, Menghadapi musibah tiada mengeluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tali kekang jatuh ke tanah, Larilah kuda lintang-pukang; Hati bimbang peluh menyimbah, Lakinya sudah main belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Adat resam kata orang, Ada suruh dengan tegahnya; Ada faham lembaga terang, Setara peluh dengan upahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila menarik tali timba Sesudah penuh baru ditarik; Apabila adik menanti hamba, Bersimbah peluh abang kan balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain putih panjang sembilan, Panjang sepuluh berkelim rambu; Adik putih tidur semalam, Lekat peluh hodohnya bau. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Macam-macam menunggang kuda, Menunggang kuda di rumpun buluh; Sapu tangan pakaian muda, Pohon pemalit peluh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |