Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mang.ku] | ڤمڠکو

Definisi : 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyeleng­garakan pemerintahan dll, pengelola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mang.ku] | ڤمڠکو

Definisi : 1 orang yg memegang jawatan utk sementara. 2 orang yg menjadi wakil utk melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangku
Kata Terbitan : memangku, pemangku,


Pantun

PantunSumberTema
Sungguh banyak perahu pemukat, Sesudah berkayuh terasa letih; Sungguhlah bijak pemangku adat, Mana yang keruh menjadi jernih.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalaulah hilang baju bertekat, Hari petang hati pun risau; Kalaulah hilang pemangku adat, Negeri nan tenang menjadi kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau merunduk si kayu putat, Banyaklah ceding dapat dituai; Kalaulah duduk pemangku adat, Banyaklah runding cepat selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalaulah lapuk jala dan pukat, Banyaklah siput di tepi pantai; Kalaulah duduk pemangku adat, Banyaklah kusut jadi selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tak ada kayu nan lebat, Tidakkan turun burung jentayu; Kalau tak ada pemangku adat, Tidakkan turun adat Melayu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas