Ayam kelabu pakai topi, Rotan selingkar jatuh ke lubuk; Inilah air pembasuh kaki, Inilah tikar setempat duduk. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kapal puan berisi manik, Jambu air tepi perigi; Tuan datang silalah naik, Ambil air pembasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang berisi manik, Jambu air letak di tepi; Tuan datang marilah naik, Itulah air pembasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kemili sejunjung naik, Rotan selingkar jatuh ke lubuk; Minta tikar saya nak duduk, Minta air pembasuh kaki. Joran kail di pangkal titi; Saya berdiri sudahlah nak naik, | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kanang-kanang berisi manik, Manik bersunting si bunga padi; Tuan datang silakan naik, Sedia air pembasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |