Waktu menteri berdagang lauk, Pembesar duduk membawa surat; Sayulah hati memandang datuk, Di luar teruk di rumah tenat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang kacip, Para pembesar berjaja pinang; Pilulah hati mengenang nasib, Mentua kasar lakinya garang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri meratah petai, Para pembesar patuh menengok; Begitu isteri meminta cerai, Suami mendengar jatuh terduduk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Adat belayar menanti angin, Tidak berangin tidakkan sampai; Adat pembesar berhati dingin, Tidak dingin banyak bertikai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau tak ada pagar dibuat, Banyaklah padi dipijak rusa; Kalau tak ada pembesar adat, Banyaklah negeri rosak binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tumbuh lalang menjadi belukar, Semut pun suka membuat sarang; Sungguh malang jadi pembesar, Kentutnya saja diributkan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walaupun gulai mulai resan, Kerana lapar dimakan juga; Walaupun perangai bagaikan setan, Kerana pembesar didiamkan saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |