Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mim.pin] | ڤميمڤين

Definisi : 1. orang yg memimpin: ~-~ Perikatan bergembira hari ini menyambut kemenangan mereka; 2. buku pedoman, petunjuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mim.pin] | ڤميمڤين

Definisi : orang yg memimpin: ~-~ politik tanah air telah bersidang semalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pimpin
Kata Terbitan : berpimpin, memimpin, terpimpin, pimpinan, kepimpinan, pemimpin,

Peribahasa

Patah kemudi perahu hanyut.

Bermaksud :

Rakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacirlah jadinya.

 

Lihat selanjutnya...(9)

272

Nobody is infillible

Tiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salah

Bumi mana tidak ditimpa hujan

He may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country.

Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi bumi mana tidak ditimpa hujan. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Banyaklah orang membeli kain Kain pelekat tiada bersambung; Banyaklah orang menjadi pemimpin, Pemimpin rakyat tiada sombong.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin seukuran jari; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin tahukan diri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin permata intan; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin dada beriman.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak memilih cincin, Pilihlah cincin yang sejudu; Kalau awak memilih pemimpin, Pilih pemimpin yang berilmu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah hendak membeli kain, Belilah kain tahan pelasah; Kalaulah awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin tahan bersusah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak membeli cermin, Belilah cermin tembus cahaya; Kalau awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin lurus bicara.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak membeli cermin, Belilah cermin tempat berkaca; Kalau awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin taat setia.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah hendak membeli kain, Belilah kain yang tahan cuci; Kalau awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin menahan uji.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau hendak membeli kain, Jangan dibeli kain lusuh; Kalau awak jadi pemimpin, Jangan jadi pemimpin bodoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1234567

Kembali ke atas