Kain sarung pakaian pemuda, Pergi mengaji di waktu pagi; Jangan diikut perangai Belanda, Diberi satu minta lagi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Di tepi sungai ramai pemuda, Menangguk ikan di air keruh; Apa salah berbini janda, Anak tiri boleh disuruh. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Waktu menteri berjaja udang, Habislah basah kaki celana; Pilulah hati pemuda lajang, Gadisnya sudah berlaki tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Besarlah todak daripada buntal, Giginya ada muncung pun panjang; Besarlah lagak pemuda gatal, Dipuji dara hidung pun kembang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Banyak terbang si burung camar, Di pokok ara singgah meniti; Banyak pemuda datang melamar, Sayang dara hatinya terkunci. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |