Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mu.rah] | ڤموره

Definisi : (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mu.rah] | ڤموره

Definisi : orang yg tidak kedekut; orang yg suka atau selalu memberi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murah (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset,
Berantonim dengan mahal

2. Dalam konteks rezeki
bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah,


Pantun

PantunSumberTema
Singgah sebentar ke Kuala Kuah, Hendak membeli buah bidara; Kerajaan Malaysia sungguh pemurah, Segala kebajikan dihulur segera.Pantun Melayu SarawakBudi
Tanda orang mencelup pukat, Kaki merah tangan bersamak; Tanda orang hidup beradat, Hati pemurah kawannya banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Banyak ikan perkara ikan, Ikan bilis sedap sekali; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis pemurah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas