Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.dus.ta] | ڤندوست

Definisi : orang yg suka berdusta, pem­bohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.dus.ta] | ڤندوست

Definisi : orang yg (suka atau selalu) mendustai orang lain; pembohong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendusta


Pantun

PantunSumberTema
Sungguh zalim orang pendusta, Jahat bicara lidah pun tajam; Sungguh alim si orang buta, Melihat betina mata pun pejam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dibilang kata disebut adat, Siapa mendengar tentulah faham; Orang pendusta mulut berulat, Nama tercemar laku pun kejam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kerana kainnya tiada Iebar, Hendak diikat pastilah tanggal; Kerana pemimpin pendusta besar, Banyaklah umat mati terjual.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Adat Melayu pantang meminta, Meminta sedekah runtuh martabat; Jahatlah laku orang pendusta, Suak berdusta menjauh sahabat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang bermulut tentu berbunyi, Yang bermata tentu memandang; Orang pencarut perlu dijauhi, Orang pendusta perlu dibuang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buku tebu dibelah-belah, Hampas dibuang merata-rata; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu penghianat pendusta?Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa

Kembali ke atas