Cendawan tumbuh di batang, Diambil orang setiap hari; pengantin/bulan Bagai bulan dipagar bintang, Pengantin duduk suami isteri. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Bagaimana lagi hendak berhelat, Pengantin sudah lama menghilang; Bagaimana kami hendak mendekat Perjanjian sudah lama dibuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Beras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Senyap sunyi orang berhelat, Kerana pengantin tidak tiba; Apa sebab abang berkhianat, Kerana main bermuka muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Hujan lebat sepagi hari, Kerana persandingan pengantin muda; Biarlah abang membawa diri, Kerana adinda sudah berada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang berhelat bukan sedikit, Semua datang menengok pengantin; Abang ibarat awan di langit, Terbang melayang mengikut angin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Banting-banting tumbuhlah damit, Disukat bahagian panjang; Pengantin lagi damit, Ibu bapanya akan menentang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sukalah hati berkain baru, Sebarang rendam tidakkan luntur; Sukalah hati pengantin baru, Siang malam tahan tak tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |