Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.rang] | ڤڠارڠ

Definisi : 1. tali (benang dll) utk menga­rang manik (bunga dll): bagai manik putus ~; 2. orang yg mengarang cerita (lagu, sajak, dll), penggubah (lagu dll), pencipta; 3. orang yg menyunting karangan utk diterbitkan (disiarkan); ~ berita orang yg menyunting berita dlm akhbar; ~ bersama orang yg bersama-sama mengarang (sesebuah buku dll); ~ gigi gusi; ~ jantung kekasih, buah hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nga.rang] | ڤڠارڠ

Definisi : 1 tali atau benang yg digunakan utk mengarang manik (bunga dll). 2 orang yg mengarang atau menulis cerita (novel dll): Beliau ~ yg terkenal di negara kita. ~ jantung buah hati; kekasih. sidang ~ kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Burung merpati terbang melambung,
     Mari hinggap di awan putih;
Buah hati pengarang jantung,
     Tuan seorang penyudah kasih.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Sayang merpati terbang melambung, Mari hinggap di awan putih; Buah hati pengarang jantung, Tuan seorang penyudah kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merpati terbang melambung, Mari hinggap di awan putih; Buah hati pengarang jantung, Tuan seorang penyudah kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas