Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : benda atau orang yg menjadi ganti: biarlah pantunku ini sbg ~ penawar hatimu; sejak guru itu pindah murid-murid agak gelisah menunggu ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : 1 apa-apa yg dijadikan ganti: Oleh sebab kad undangan sudah habis, kita gunakan surat biasa sbg ~nya. 2 orang yg mengganti atau menggantikan: Kalau dia berhalangan nanti, siapakah pula ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[peng.gan.ti] | ڤڠݢنتي

Definisi : orang yg mengambil alih pekerjaan, tugas dll drpd orang lain: Jika engkau tidak mahu pergi, aku boleh jadi ~mu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengganti

Peribahasa

Menjadi apit lempang cencang galang.

Bermaksud :

Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Pandai-pandai bertanam bayam, Carilah batang pengganti buluh; Pandai-pandai berjalan malam, Carilah bintang pengganti suluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yang disebut berkain sarung, Kain disarung pengganti celana; Malangnya ikut pemimpin serong, Mainnya serong hati ke betina.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit dapat pengganti pisau; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit melihat laki merayau.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ceriti pinang ceriti, Cerana di atas papan; Sirih ini sirih pengganti, Kalau sudi silalah makan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sencilak burung sencili, Terbang bermain di rumpun halaman; Abang bertolak malam kini, Cari yang lain pengganti badan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas