| Anak penghulu pergi ke baruh, Sampai ke baruh membeli raga; Kalau di hulu air keruh, Di hilir pun keruh juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Masa Tok Penghulu, Pakai batu-bata; Masa tetap berlalu, Teruskan cita-cita. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Jika ke kebun Dato Penghulu, Ambilkan saya biji saga; Jika tuan mati dahulu, Tunggu saya di pintu syurga. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
| Rakit bukan sebarang rakit, Rakit penghulu bergalah buluh; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merindu orang yang jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Bingka diletak dalam talam, Buat jamuan Dato Penghulu; Jika rindu kukirim salam, Kubisik rindu di angin lalu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Bukan rakit sebarang rakit, Rakit tempat datuk penghulu; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit kami menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Ya Allah ya Tuhan kami, Nabi Muhammad penghulu kami; Kitab Quran iman kami, Kaabatullahlah kiblat kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Belahnya belum bunyinya malam, Bunyi di darat rumah penghulu; Allah belum menjadikan alam, Barang bersurat dari dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Hiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Duduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |