Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ning.pe.ning] | ٢ ڤنيڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Quercus argentata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pening-pening

Puisi
 

Burung belatuk kepalanya kuning,
     Hendak merapat di kaki dulang;
Mata mengantuk kepalanya pening,
     Hendak melepas si hajat orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana unta tidakkan pening, Tupai meranda dipinang balam; Bagaimana mata tidakkan juling, Mengintai janda siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sakit kaki terinjak bara, Bawa berjalan pening sekali; Sakit hatiku tidak terkira, Melihat tuan menjeling kami.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Lalat buta terbang tinggi, Diamuk badai kepala pening; Beratlah mata memandang bini, Gemuknya bagai gajah bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak beruk main tempurung, Kena pungkang kepala pening; Awak gemuk berkain sarung, Disangka orang betina bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sakit kepala ditimpa kayu, Makan tidur rasanya pening; Sakit hamba kerana malu, Tuan kutegur tak ambil pusing. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang menekat serta menyulam, Terlalu asyik banyak yang pening; Abang ibarat pelita padam, Sumbu pendek minyak pun kering.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Saya ke Kuching ke Gunung Matang, Asap meliput dari udara; Kepalaku pening bingungku datang, Bawa mengenang gambarmu kakanda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung belatuk kepalanya kuning, Hendak merapat di kaki dulang; Mata mengantuk kepalanya pening, Hendak melepas si hajat orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau tuan pergi ke Kancung, Ambilkan saya papan biola; Makan minum boleh ditanggung, Sakit pening siapa nak bela.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas