Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll: Sbg ~, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd hadirin yg sudi datang ke majlis ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,


Pantun

PantunSumberTema
Walaupun kain penutup aurat, Baju yang koyak dibawa juga; Walau miskin hidup melarat, Hatiku tidak gilakan harta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tudung saji penutup hidang, Dibawa orang ke hulu kampung; Untung rugi nasib pun malang, Kerana kurang tahu berhitung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tudung periuk dari seberang, Buat penutup belanga sayur; Untung buruk rezeki pun hilang, Kerana hidup tiada bersyukur.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tudung saji dari Semarang, Buat penutup asam pauh; Begini nasib hidup yang malang, Hidup seorang ibu jauh.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bila berjalan menuju ke sumur, Bawa basahan buat penutup; Apabila puan mahu menegur, Rela kupuja seumur hidup.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas