Yang terbakar merasa hangat, Yang berhujan tentulah sejuk; Orang penyabar bawa bersahabat, Orang penyegan perlu dipujuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila helang sudah menyambar, Banyaklah ayam yang dimakannya; Apabila orang tiada penyabar, Banyaklah dendam yang dirasanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang Daik pergi belayar, Bekas habis tiada takut; Orang baik hati penyabar, Muka manis bicara lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bunga kenanga barukan mekar, Banyak kumbang datang menghisap; Tanda orang tua laku penyabar, Bijak menimbang tenang bercakap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ambillah kayu buatlah sampan, Sampan selesai dapat belayar; Ambillah guru taat beriman, Iman penyimpai sifat penyabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kata tua kata adat, Adat berisi tunjuk ajar; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati elok penyabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang tahan berlapar; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang dengan penyabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baik urat elok batangnya, Elok batang kan tinggi besar; Baik adat elok orangnya, Elok orang berhati penyabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |