Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau per­lakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masa­lah penagihan dadah dan rasuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

PantunSumberTema
Naik bukit meraut nibung, Buat perangkap musang jebat; Penyakit lain boleh ditanggung, Penyakit rindu tak ada ubat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalaulah ubat tidak dipakai, Tentu penyakit tak akan sembuh; Kalaulah niat tidak sampai, Seribu bukit akan kutempuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Serai ini bukan serai kayu, Serai bernama penyakit kulit; Cerai ini bukan cerai lalu, Cerai bernama berulang-alik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air keruh ikan pun mati, Untuk menjadi datang penyakit; Hati rusuh badan pun lesi, Duduk mengaji tentulah sulit.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dari Acheh ke Kinabatangan, Dari Johor berdagang sabut; Penyakit datang dari tuan, Tuanlah juak menjadi ubat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hilir rakit bawa berenang, Hanyut dari tanah seberang; Bagaimana penyakit mahu hilang, Sakit ditanggung makan tak pantang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bukan jua bukit meruntuh, Bemban perbaik meruntuh jua; Bukan penyakit saja membunuh, Cinta dan kasih membunuh jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan bukit saja meruntuh, Bemban serai meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Gila berahi membunuh juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan bukit saja meruntuh, Orang Serani meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Dendam berahi membunuh juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Boleh saja makan sedikit, Walau sedikit membawa kenyang; Kasih hamba bukan penyakit, Kalaupun sakit kerana abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas