| Elok kain kerana ditampun, Dapat dibuat seluar baju; Elok pemimpin kerana penyantun, Tempat umat keluar mengadu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Patuh Melayu kepada ayah, Zuriatnya turun kepada anak; Senonoh laku membawa tuah, Sifat penyantun maruahnya tegak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sifat keluarga berkasih sayang, Hidup bersama selalu rukun; Adat dijaga budi terbilang, Hidup ternama laju penyantun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Baik urat elok batangnya, Elok batang lebatlah daun; Baik adat elok orangnya, Elok orang sifat penyantun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |