Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.pu] | ڤڽاڤو

Definisi : alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.pu] | ڤڽاڤو

Definisi : alat utk membersihkan (mengesat) sesuatu; sapu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyapu

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Jatuh di tangan menyapu bunga;
Lepas tangan dikata jangan,
     Lepas di tangan orang yang punya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Disambut dengan penyapu tak bersimpai.

Bermaksud :

Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Sapu lidi penyapu halaman, Supaya mata puas memandang; Pilu hati menrindukan tuan, Hamba berdoa lekaslah pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sapu lidi penyapu laman, Sapu diikat dengan tali; Tahu diri tahu pedoman, Tahu mengingat jalan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sapu tangan penyapu tangan, Jatuh di tangan menyapu bunga; Lepas tangan dikata jangan, Lepas di tangan orang yang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan penyapu tangan, Menyapu tangan anak Raja Cina; Lah malang tangan celaka tangan, Di dalam tangan diambil orang pula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan sayang, penyapu tangan, Pakai baju kasa, lah baju kasa, Pesan ibu jangan, bercinta jangan, Nanti badan binasa, lah rusak binasa.Pantun Melayu SarawakBergendang

Kembali ke atas