| Orang beradat hati penyayang, Kasih mengasih sesama umat; Membuang adat diri terbuang, Silang selisih jauh dan dekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Yang belukar menjadi ladang, Di sinilah dia mahu bekerja; Orang sabar hati penyayang, Binilah tua dipangkunya jua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Orang Daik pergi ke ladang, Menanam padi sehingga senja; Orang baik hati penyayang, Menanam budi tiada berkira. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Adat resam kata orang, Dibilang-bilang kajinya banyak; Adat faham lembaga terang, Hati penyayang budinya nampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Walaupun hari baru kan hujan, Kerana petang bergulut juga; Walaupun laki sebau belacan, Kerana penyayang diikut juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Adapun bayan bulunya cantik, Ke mana terbang dicari orang; Tanda beriman lakunya baik, Berdada lapang hati penyayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Tanda adat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang; Tanda umat berbudi akhlak, Kelakuan manis hati penyayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Taat anak ke ibu bapak, Jasa dibalas budi dikenang; Adat tegak tuahnya nampak, Bekerja ikhlas hati penyayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |