Pepat-pepat menebang di dinding, Hendak menanam buah betik; Penat-penat abang bertanding, Hendak melihat senyum adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pepat-pepat memotong batang, Takiklah semak dengan belukar; Penat-penat abang datang, Adik tak juga mahu keluar. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sudah pepat rupanya sumbu, Belum juga mau menyala; Sudah penat hamba bercumbu, Belum juga adik percaya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat menebang sama pepat, Bila tidak tunggulnya tajam; Adat menimbang sama berat, Bila tidak hukumnya kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Maksud hati menebang saja, Disuruh pepat apatah lagi; Maksud hati memandang saja, Disuruh dekat apatah lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Elok menebang kayu resak, Ditebang pepat maka digergaji; Elok orang berlaki pendek, Orang mengumpat disangka memuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau membakar bertebas-tebas, Bila menebang berpepat-pepat; Kalau menakar berpepas-pepas, Bila menimbang bertepat-tepat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Helang pungguk helang perikan, Tidur siang jaga malam; Jari telunjuk diberikan, Pepat di luar rencong di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Si pungguk helang karikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh dia unjuk berikan, Pepat di luar rencong di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Helang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |