Batang pepaya berputik belum, Bila berulat lekas dipancung; Abang menyapa adik tersenyum, Rasa mendapat emas segunung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang pepaya putik berkuntum, Berbunga lebat jangan disentuh; Abang menyapa adik tersenyum, Rasa mendapat durian runtuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang pepaya putik bergetah, Kena api terkulai habis; Abang menyapa adik melengah, Rasa hatiku bagai dihiris. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |