| Yang peradang disuruh bertaubat. Supaya yang salah menjadi soleh: Orang penggamang disuruh memanjat. Celananya basah kencing meleleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Padang lalang rumputnya tinggi, Siapa melapah tentunya miang; Orang peradang mulutnya keji, Suka berbantah memalukan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Parang panjang bawa menebas, Salah cencang kaki terluka; Orang peradang marahnya lekas, Salah pandang jadi sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Dari hulu pergi ke ladang, Bertemu landak makan cermai; Laki cemburu bini peradang, Kelambu kotak tilam berkecai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bagaimana keldai tidakkan gatal, Diberak semut pagi dan petang; Bagaimana gigi tidakkan tanggal, Awak pencarut bini peradang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |