| Pucuk perah selara perah, Pucuk kundur ngelai ke hulu; Ibu dan bapa sudahlah marah, Biar saya balik dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Ke Sungai Dungun memetik perah, Kutip perah di Bukit Seberang; Adik melenggang bukanlah marah, Kerana mengenang nasib badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Pokok perah ditebang jangan, Biarkan tumbuh bersama lalang; Kalau sudah malang badan, Rezeki secubit disambar helang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Kilau-kilauan perah tambang, Pasang bendera di atas bumbung; Kalau tahu diri menumpang, Bumi dipijak langit dijunjung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Kukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |