Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; memerah memicit dll utk mengeĀ­luarkan air (susu dll), memeras: ~ kain; ~ susu lembu; ~ keringat bekerja dgn kuat; ~ otak belajar dgn kuat, berfikir dgn bersungguh-sungguh; memerahkan memerah utk: dia ~ ibunya santan utk dibuat bubur; perahan 1. hasil drpd memerah (air, susu, dll); 2. binatang dll yg diperah: lembu ~; pemerahan perbuatan memerah, pemerasĀ­an; pemerah 1. alat atau mesin utk memerah (jus dsb): ~ oren; ~ tebu; 2. orang yg memerah (susu dsb): ~ susu lembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
perah
Kata Terbitan : memerah, perahan,

Puisi
 

Ke Sungai Dungun memetik perah,
     Kutip perah di Bukit Seberang;
Adik melenggang bukanlah marah,
     Kerana mengenang nasib badan.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Pucuk perah selara perah, Pucuk kundur ngelai ke hulu; Ibu dan bapa sudahlah marah, Biar saya balik dulu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ke Sungai Dungun memetik perah, Kutip perah di Bukit Seberang; Adik melenggang bukanlah marah, Kerana mengenang nasib badan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pokok perah ditebang jangan, Biarkan tumbuh bersama lalang; Kalau sudah malang badan, Rezeki secubit disambar helang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kilau-kilauan perah tambang, Pasang bendera di atas bumbung; Kalau tahu diri menumpang, Bumi dipijak langit dijunjung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas