| Pisang emas tepi telaga, Peram di dapur masaknya tiga; Sebentuk emas sebentuk tembaga, Sudah dilebur menjadi suasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Kalau nangka tak mahu masak, Cubalah peram sehari dua; Kalau derhaka ke ibu bapak, Neraka jahanam menantikannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Pisang berjantung tepi perigi, Masak sebiji diperam-peram; Awan tergantung di langit tinggi, Dipukul angin tak senang diam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |