Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berperam ki selalu tinggal di rumah sahaja; memeram 1. menyimpan buah-buahan dll (dgn membungkusnya dll) supaya lekas masak: ~ pisang; 2. ki menyuruh tinggal di rumah sahaja, memingit, mengurung; 3. ki menyim­pan, memendam (perasaan): bertahun-tahun Mamat ~ dendam; ~ hati ki menyimpan perasaan dlm hati; yg seorang ~ batu, yg seorang ~ pisang prb yg seorang dapat menunggu tetapi yg seorang tidak; terperam ki dipendam atau tersimpan dlm hati: mengeluarkan segala yg ~; peraman buah-buahan (tapai dll) yg diperam; pemeraman perbuatan memeram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peram
Kata Terbitan : memeram, terperam, peraman, pemeraman,

Puisi
 

Pisang berjantung tepi perigi,
     Masak sebiji diperam-peram;
Awan tergantung di langit tinggi,
     Dipukul angin tak senang diam.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Pisang emas tepi telaga, Peram di dapur masaknya tiga; Sebentuk emas sebentuk tembaga, Sudah dilebur menjadi suasa.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau nangka tak mahu masak, Cubalah peram sehari dua; Kalau derhaka ke ibu bapak, Neraka jahanam menantikannya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pisang berjantung tepi perigi, Masak sebiji diperam-peram; Awan tergantung di langit tinggi, Dipukul angin tak senang diam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas