Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pergi (kata kerja)
1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke,
Berantonim dengan datang

2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,

3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak langkah, mengorak sila,
Berantonim dengan tiba

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,

Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian,

Puisi
 

Anak Cina pergi ke hutan,
     Pergi ke hutan memburu rusa;
Teras gaharu sangka bukan,
     Salah pandang rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).

Bermaksud :

Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Apa bekal pergi ke Cempa, Untuk makan dalam perahu; Biar mahal barang ditempa, Jika borong saya tak mahu.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Kalau tuan pergi ke rakit, Bunga raya dalam celepa; Kalau tak ada ringgit di kocek, Taruh boyan tak jadi apa.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau tuan pergi ke paya, Pucuk ramunia dalam jantung; Kalau bertembung kelapa muda, Alamat dunia hendak digulung.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Buah sepak digantung tinggi, Jatuh dia ke dalam kapit; Bapa saya sudah pun pergi, Pulang ke dagang tempat tak sabit.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Padi basah di dalam paya, Dibawa orang pergi ke kota; Apa nak susah kepada saya, Saya dah ada di depan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Merpati telurnya hijau, Pecah sebiji di dalam cawan; Abang pergi ke langit hijau, Adik menanti di kaki awan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke sana bulan mengambang, Menangkap ikan dalam telaga; Lemak telur berlinang-linang, Sisik terlekat pada dada.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pergi ke hulu tanam selasih, Orang bersikat di dalam bilik; Kalau adik kenang kekasih, Baik kita berikat balik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan pergi ke tanjung, Kirim saya bunga dahlia; Ibarat api dalam tanglong, Angin yang mana padamkan dia?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas