Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok menjalar yg buah­nya pahit dan dibuat sayur), Momordica charanthia; ~ bulan sj tumbuhan (rumpai), bintang berahi, uban kayu, Cardiospermum halicacabum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitiss mollissima; ~ laut = ~ pantai sj tumbuhan (pokok renek), Colubrina asiatica; ada pun buah ~ itu kalau ditanam di atas batas sakar dan dibaja dgn madu, lagi disiram dgn manisan serta diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga prb orang yg tabiatnya jahat dan tidak akan dapat diperbaiki lagi; sudah tahu ~ pahit prb kesal terhadap orang yg mempercayai orang yg diketahui tidak jujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan menjalar atau buahnya (buahnya pahit dan boleh dibuat sayur), Momordica charanthia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peria (kata nama)
Bersinonim dengan teruna, jejaka, pemuda, lelaki, jantan, bujang, awang, uda, perjaka;,

Puisi
 

Baru kutahu peria pahit,
     Haram bertaubat sayur petola;
Kalau kutahu budi tak baik,
     Haram tak buat dari mula.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Sudah tahu peria pahit.

Bermaksud :

Sudah tahu kurang baik diperbuat juga; penyesalan yang tak berfaedah.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau ada peria pahit, Belanga baru jerang udang; Kalau ada budi baik, Jadi abu dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Baru kutahu peria pahit, Haram bertaubat sayur petola; Kalau kutahu budi tak baik, Haram tak buat dari mula.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Sudah tahu peria pahit, Jangan disayur dengan bunganya; Sudah diketahui barang tak baik, Jangan diusik dari mulanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sudah makan dengan peria, Kalau ada garam tiada; Kalau sudah ada bercinta, Kalau bercinta jangan berdusta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil lepas dalam cerana, Ambil tali ikat peria; Ambo nak pelepas anak teruna, Pelepas sekali anak dara.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Teluk Senajang di Kampung Ulu, Ramai orang bertanam peria; Bila dikenang kisah dahulu, Cucur menitis airnya mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa sebab jari di tangan? Bentangku tuan menjadi sepuluh; Biji delima mula ditanam, Peria pahit menjadi tumbuh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sebelah tangan jari lima, Dua tangan jari sepuluh; Niat hati tanam delima, Sampai masa peria tumbuh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Satu tampik jariku lima, Dua tampik jari sepuluh; Nasib benar buah delima, Delima ditanam peria tumbuh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas