Batu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berkilat air di perigi, Nak mandi rasa tak jadi; Berlilat laka di gigi, Itulah pembawa rosak di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asam paya tepi perigi, Mari diletak di kayu jati; Jangan percaya mulut lelaki, Berani bersumpah takut ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga terhambur di dalam perigi, Dari jauh nampak putih; Rosak nasi kerana api, Rosak hati kerana kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Beli atap bawa balik, Ambil timba menuju perigi; Semakin ditatap semakin molek, Termenung hamba menggigit jari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buang bacang setangkai lebat, Jatuh sebiji di birai perigi; Berapa teguh tali penambat, Burung terlepas tak balik lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah bacang setangkai lebat, Jatuh sebiji di birai perigi; Belum teguh tali penambat, Burung terlepas tak balik lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |