Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. bekas tempat memasak nasi. b. tempat mendapatkan (mencari) rezeki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk nasi

Puisi
 

Masak nasi periuk tergantung,
     Pungut putung dari seberang;
Tarik nafas kenangkan untung,
     Untung tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Nasi masak periuk pecah.

Bermaksud :

Hukuman yang sudah putus tak dapat dibanding (diapel) lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Masak nasi periuk tergantung, Hanyut sampan dari Langat; Apa nasib badan diuntung, Petang-petang asyik teringat.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Masak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Masak nasi periuk tergantung, Hanyut puntung dari paya; Niat hati hendak bergantung, Orang tak hendak apakan daya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana nasi takkan mentah, Periuk dijerang tidak berapi; Bagaimana hati takkan patah, Ilmu kurang hendak meninggi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sejak periuk berisi gulai, Nasi dijerang tergenang kuah; Sejak beruk menjadi lebai, Pagi petang orang menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak periuk jadi belanga, Banyaklah nasi berkuah sambal; Sejak beruk menjadi raja, Banyaklah menteri berubah akal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tudung periuk dibuka orang, Mentahlah nasi sedang ditanak; Untungku buruk bukan kepalang, Cintaku pergi berkhabar baik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hari petang nasi ditanak, Duduk bersama bersenang-senang; Laki temberang bini pembengak, Periuk belanga terbang melayang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas