Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.min.ta.an] | ڤرمينتاءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudah-lah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhid­matan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.min.ta.an] | ڤرمينتاءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal meminta; permohonan: ~nya sia-sia saja. 2 sesuatu yg diminta; permohonan: ~nya utk mendapatkan tanah itu tidak dilayan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Ambil galah jolok kedondong,
     Galah patah menimpa dahan;
Bukannya salah ibu mengandung,
     Sudah nasib permintaan badan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lidah terkalang.

Bermaksud :

Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah terganjal).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Buah rambai buah rambutan, Masak sebiji celah daun; Sudah nasib permintaan badan, Buah masak dimakan burung.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ambil galah jolok kedondong, Galah patah menimpa dahan; Bukannya salah ibu mengandung, Sudah nasib permintaan badan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang tekukur digulai lemak, Masak mari dalam kuali; Lagi lumpur jalan bersemak, Sudah kehendak permintaan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makan cempedak dari seberang, Buang kulit di tepi hutan; Bukan salah darinya orang, Sudah nasib permintaan badan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Dari Johor ke Majapahit, Singgah semalam di Pulau Bentan; Sudah masyhur nama yang baik, Barulah bertuah permintaan badan.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas