Gelaklah beruk mencabut kunyit, Mahu digigit terasa mual; Hendak memeluk perutnya buncit, Mahu mencubit kukulah tanggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang Pak Tua mulutnya ompong, Hendak mengunyah gusi berdarah; Sayanglah dara perutnya kembung, Hendak berlaki serba salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang sakit didoakan sembuh, Diubat diurut terus-menerus; Orang buncit awak yang gaduh, Melihat perutnya mahu meletus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang lunak biarlah lunak, Supaya nanti dapat dipancung; Orang tamak biarlah tamak, Supaya mati perutnya kembung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh beruntung membeli petai, Baunya wangi di mulut orang; Sungguh beruntung menjadi lebai, Ke mana pergi perutnya kenyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |