Pingganlah pesuk diisi juga, Baru diangkat pecah berderai; Badanlah bongkok berbini muda, Baru mendekat sudah terkulai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh bertuah kuali pesuk, Pesuknya membuat api padam; Sungguh bertuah berbini gemu. Gemuknya dapat menjadi tilam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Adat Melayu pantang bergaduh, Suka bergaduh hatinya busuk; Jahatlah laku orang bermusuh, Suka bermusuh kepalanya pesuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Awas-awas memetik buah, Salah petik buahnya busuk; Awas-awas naik ke rumah, Salah naik kepala pesuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |