| Sekali memegang hulu, Sekali putingnya patah; Sekali enggang lalu, Sekali rantingnya patah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Seburuk-buruknya helang, Ada juga bulunya; Seburuk-buruknya orang, Ada juga aib malunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Ketuku batang ketakal, Tiga batang keladi moyang; Sesuku dengan seasal, Senenek dengan semoyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Sekali adik merambah, Seratus batangnya rebah; Sekali adik bersumpah, Seratus kali abang sembah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Setambun anak-beranak, Sisiknya berlendir-lendir; Minta ampun banyak-banyak, Pantun kami sindir-menyindir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Ditebang tidak tertebang, Ditebas juga akan jadinya; Diempang tidak terempang, Dilepas juga akan jadinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Mentango pepapan tiang, Mendengung dipikul ribut; Bintang timur mengarak siang, Adik tinggal dalam selimut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Asian rumput asian, Diparang rumput limpata; Tegak kita pada perjanjian, Menyambut sirih pinang kita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Banyaklah rotandibuat jerat, Rotan berpilin sangat kuatnya; Banyaklah beban terasa berat, Beban pemimpin sangat beratnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau menyalin langsung menjawab, Buatlah tanda supaya terang; Kalau pemimpin bertanggungjawab, Rakyatnya bahagia hidupnya tenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |