Petang-petang ribut berdengung, Kilat menyambar pucuk pauh; Petang-petang duduk melengung, Orang nak balik tempat jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Petang-petang menjolok manggis, Manggis jatuh pecah empat; Petang-petang tunduk menangis, Macam burung mencari tempat. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Petang-petang bunyi lesung, Orang menumbuk padi jawi; Petang-petang ingat kampung, Hendak balik orang tak bagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Petang-petang ulam pegaga, Putik belimbing getu-getu; Petang-petang abang ada, Jentik dinding bukalah pintu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang ribut berdengung, Kain putih berkaki-kaki; Petang-petang duduk melengung, Takut tak boleh kehendak hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang ribut berdengung, Daun selasih menimba ruang; Petang-petang duduk termenung, Ingat kekasih ditinggal buang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang ribut berdengung, Anak sepat dalam selut; Petang-petang duduk melengung, Duduk lipat tembakau balut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang kijang berjalan, Kijang mencari daun lana; Petang-petang bujang berjalan, Bujang nak cari anak teruna. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang alah peraga, Masak susu linggang-linggang; Petang-petang abang ada, Katup pintu renggang-renggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang tanam mengkuang, Nanti berduri tak akan berduri; Petang-petang duk tengok abang, Nanti mari tidak mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |