Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ta.ni] | ڤتاني

Definisi : orang yg peker­­­jaannya bercucuk tanam (mengusahakan tanah), pekebun, peladang, pesawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ta.ni] | ڤتاني

Definisi : orang yg kerjanya bercucuk tanam atau bertani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tani
Kata Terbitan : bertani, pertanian, petani,

Puisi
 

Lima belas dayung petani,
     Pisang emas masak di kebun;
Tuanlah belas memandang kami,
     Siang nan panas malam berembun.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Bukan galah Petani, dari Petani, Galah datang Labuan, dari Labuan; Bukan salah kami, oi dari kami, Salah tak salah tuan, dirimuu tuan.Pantun Melayu SarawakBergendang
Dari Petani turun ke Perli, Naik kereta Proton Saga; Bernyanyi berpantun penyeri majlis, Sudah berpantun kita berniaga.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Orang petani membuat dangau, Dibiar kosong tidak bekerja; Berapa tinggi terbang bangau, Akhirnya di belakang kerbau juga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pekan Jawi Tanah Petani, Pekan Sabtu Kampung Pak Tua; Apa jadi nasibku ini, Badan satu kekasih dua.Pantun Melayu SarawakNasib
Lima belas dayung petani, Pisang emas masak di kebun; Tuanlah belas memandang kami, Siang nan panas malam berembun.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Dua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tinggi pasir Kuala Petani, Rasa mengambil rasa tidak; Apa taksir pada kami, Rasa nak masuk rasa tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk dedap selera dedap, Sudah berangkai dengan petani; Duduk hendak membaca kitab, Sudah pandai tegak berdiri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Daripada benih tidak dipakai, Elok diberi kepada petani; Daripada kasih tidak sampai, Elok merantau ke negeri orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Daripada benih tidak dipakai, Elok diberi kepada petani; Daripada kasih tiada sampai, Elok kupergi membawa diri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas