Bunga raya di atas peti, Bunga melur di atas batu; Memang ada niat di hati, Hendak menyunting bunga yang satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga melur di atas peti, Mari dibungkus dengan kertas; Dalam telur boleh dinanti, Konon pula sudah menetas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah terap di atas peti, Buah redan masaknya merah; Kalau sudah harap di hati, Merana badan sahaja ditempah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah macang tergolek-golek, Golek mari atas peti; Sekejap datang sekejap balik, Macam menyuruh anak bini. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah keranji kulitnya hitam, Masak sebiji atas peti; Sirih pinang telah dikirim, Sebab boleh kehendak hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah pauh buah bidara, Jatuh sebiji di atas peti; Tuan jauh jadi saudara, Bila dekat si jantung hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bercincin di jari manis, Hendak kusimpan di dalam peti; Adik-adik tunduk menangis, Mari kita bersama mandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Benggali main ke darat, Kain pelikat di atas peti; Berapa kali kamek melihat, Sudah terikat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bawa bunga pergi ke pekan, Taruh mari atas peti; Badan kurus bukan tak makan, Kurus kerana si jantung hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baru sekali saya tergigit, Kain pelikat di atas peti; Baru sekali saya melihat, Sudah melekat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |