Bukan padi sayang, sebarang padi, Padi disimpan peti, di dalam peti, Bukan budi sayang, sebarang budi, Budi dikenang mati, sampai ke mati. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur? | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Kekati atas peti, Anak tekukur bawah batang; Dari pagi saya nanti, Hari petang baru datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kinabalu bertangga peti, Ambil kumala di mulut naga; Jikalau sudah kata di hati, Tepian hidup terus dicuba. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaklah pengikut tali peti, Disentak sekali lalu disimpul; Banyaklah sahabat berani mati, Tidakkan seberani sahabat nabi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bila selasih di dalam peti, Sampai masanya dijerang juga; Sekali kasih di dalam hati, Sampailah tua kukenang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kain culas di atas peti, Ditekat jangan diberi jangan; Sudah ikhlas dalam hati, Diumpat jangan dipuji jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |